Program "Fulus" Di TV AlHijrah

Alhamdulillah, TV AlHijrah dengan kerjasama Affin Islamic Bank telah menerbitkan sebuah program bersiri bertajuk "Fulus" yang akan ke udara pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Program bersiri akan dihoskan oleh pelakon, penyanyi dan pengarah terkenal - Afdlin Shauki bersama panel mingguan tetap iaitu Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan tetamu-tetamu undangan.


Program "Fulus" ini akan memfokus dan memberi maklumat tentang perbankan Islam secara khusus. Konsep bual bicara secara santai dan bersahaja ini akan menyasarkan kepada penonton di kalangan remaja yang baru menamatkan zaman persekolahan dan baru menempuh alam pekerjaan.

Walaupun program "Fulus" ini diadakan secara santai, namun ia sarat dengan maklumat perbankan Islam dan mengapa umat Islam sangat perlu untuk mengadaptasi sistem tersebut dalam kegidupan seharian dan menjadikannya sebagai cara hidup.

Saya telah mengambil initiatif untuk mewujudkan satu page khas di laman blog saya untuk membolehkan para pembaca untuk menonton episod-episod yang telah lepas. Tapi, jika ingin menonton secara live, boleh la menonton di kaca tv pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Selamat menonton dan selamat menuntut ilmu!

(sumber gambar: TV AlHijrah)

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca