Setiap Masalah Ada Penyelesaian


Tazkirah ringkas untuk hari ini. Setiap orang daripada kita pasti pernah menghadapi masalah, tak kira sama ada masalah ketidakcukupan wang ringgit, masalah di tempat kerja, masalah keluarga, hatta masalah keyakinan pada diri sendiri.

Kita perlu faham bahawa segala masalah itu datangnya dari Allah. Ia didatangkan oleh Allah dalam bentuk ujian-ujian tertentu untuk menilai sejauh mana kesabaran hamba-Nya dalam menghadapi ujian tersebut.

Dalam surah Al-Inshirah ayat ke-5 , Allah telah menyatakan:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Kemudian Allah tekankan sekali lagi dalam ayat seterusnya:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Lihat bagaimana Allah mengingatkan kita sebanyak 2 kali dalam surah yang sama supaya kita betul-betul yakin dan percaya kepada Allah yang setiap masalah yang kita hadapi ini akan datang dengan kemudahan selepasnya.

Orang mukmin adalah orang yang bertuah dalam hidupnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian. Hidupnya selalu tenang dan tidak banyak bermasalah dan memiliki ketenangan jiwa yang diburu oleh orang-orang yang mencari kepuasan hidup dalam dunia ini.

Ada satu hadith Rasulullah SAW yang berbunyi:
Daripada Abi Yahya Syuhaib Bin Sinan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh baik nasib orang beriman, kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Apabila ditimpa musibah dia bersabar, maka sabar itu baik baginya". (H.R Muslim)

Kita juga pernah mendengar kata-kata orang kita berbunyi:

"Jangan bersedih kerana turunnya hujan, kerana selepasnya akan muncul pelangi yang cantik dan indah"

Jadi, janganlah bersedih, kuatkan semangat dah teruskan hidup dengan hati yang ceria dan gembira - kerana setiap masalah ada penyelesaiannya!

p.s: mana-mana yang ada masalah keyakinan diri untuk melibatkan diri dalam pelaburan rumah lelong, boleh la beli ebook Sifu Rumah Lelong. Insha-Allah, ada panduan yang berguna bagaimana ingin berjaya dalam pelaburan ini

sumber gambar: SweatLikeAPig

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca