10 Entri Popular FaridAdam.com Untuk Bulan Oktober 2013

10 Entri Popular FaridAdam.com

Assalamualaikum. Saya sedih sangat sebab tiba-tiba Google Analytics saya tak berjalan seperti biasa. Baru tahu tadi ada masalah dari segi setting dalam blog template. Terpaksa la adjust balik dan alhamdulillah, dah ok semula. Jadi entri-entri yang saya nak sharekan ini diambil dari Post Stats dalam Blogger.com.

Ya, entri ini merupakan respons saya terhadap khabar angin yang menyatakan Mr. Bean memeluk Islam. Hanya dengan mengangkat satu jari sahaja, kita telah memberi tafsiran yang salah. Betullah kata pepatah - a picture speaks a thousand words.
Entri ini ditulis sebagai motivasi untuk diri saya sendiri kerana ketika itu saya menghadapi banyak masalah - tak perlulah saya ceritakan kerana biasalah, semua orang ada masalah masing-masing :-)
Entri ini merupakan jawapan kepada entri ini. Agak keliru juga kerana Nuffnang tidak pula menyatakan tentang penarikan status Glitterati jika meletakkan iklan Google Adsense dalam blog kita. Tetapi rupanya bukan itu sebabnya. Nak tau? Bacalah entri tersebut.
Entri ini dan seterusnya khas untuk peminat Running Man. Dalam episod ini, Running Man bersama 3 tetamu jemputan - Park Shin Hye, Kim Woo Bin dan Choi Jin Hyuk - akan berlawan sesama mereka untuk menjadi pewaris 'syarikat Running Man'. Mereka perlu mendapatkan kuasa daripada 7 'pemegang saham' berupa buku akaun bank. Siapa yang memperoleh jumlah duit yang banyak akan dinobatkan sebagai pewaris syarikat tersebut.
Dalam episod kali ini pula, Running Man bersama 2 tetamu jemputan - IU dan Park Myung Soo - perlu meneka jumlah kad serigala dan kambing biri-biri yang dipilih oleh mereka. Setiap seorang akan memilih sama ada untuk menyimpan kad serigala atau kambing biri-biri. Yang susahnya - setiap pemenang dalam permainan-permainan kecil yang diadakan  akan diberi peluang untuk menukarkan kad pilihan mereka. Jadi siapa yang akan memenangi 7 jongkong emas yang ditawarkan? Jangan lupa saksikan episod ini.
Entri ini merupakan pendapat daripada Saiful Nang, seorang usahawan muda yang berjaya masa kini. Artikel yang telah berlegar di ruang Facebook sejak harga minyak naik ini berkisar tentang ekonomi Malaysia daripada kaca mata rakyat.
Entri hot ini sangat menarik. Mana taknya - rumah ini kembali disewakan kurang daripada 24 jam!! Kawasan hot memang faktor utama dalam mencari rumah.

3. Tambah Pelaburan Tabung Haji Melalui Maybank2u
Entri ini telah naik 2 anak tangga dari tangga ke 5. Entri panas menjadi kata carian yang paling kerap di Google. Selain daripada entri ini, entri ini ini juga merupakan entri yang hot bulan lepas.
Dalam episod Running Man kali ini, Running Man akan mencari seorang budak perempuan yang telah meminta pengarah rancangan Running Man untuk datang ke kampungnya dan membuat penggambaran di sana. Klu-klu lokasi budak perempuan tersebut akan diberikan kepada pemenang-pemenang permainan yang diadakan. Siapa pula yang akan memenangi episod kali ini?

1. Bila Owner Rumah Lama Menggila..
Video viral ini mengungguli carta 10 Entri Popular untuk kali ini. Video sepanjang 3-4 minit ini menunjukkan sikap owner rumah lama (yang lebih memalukan - Melayu (saya taknak sebut Melayu Islam sebab Islam tak ajar macam tu)) yang kurang ajar kepada owner rumah baru - seorang India. 

Kesimpulan:
  1. Running Man memang rancangan variety yang mempunyai pengikutnya yang ramai di Malaysia ni.
  2. Video viral memang akan menarik trafik yang tinggi - walau apa niche blog anda.
sumber gambar: CoActiveConnections.Net


sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca