Active Income, Side Income & Passive Income


Assalamualaikum semua. Sejak kebelakangan ini, saya melihat trend bisnes secara online telah meningkat secara mendadak, terutamanya dalam Facebook. Bermacam-macam produk yang saya jumpa – daripada tudung, jubah, powerbank (saya la tu...hehe) sehinggalah ke perniagaan kereta sewa. 

Tetapi, tahukah kita apakah kategori-kategori pendapatan yang kita perolehi daripada aktiviti-aktiviti kita tersebut? Hari ni saya ingin berkongsi kepada anda semua 3 kategori pendapatan yang boleh kita lakukan – ‘Active Income’, ‘Side Income’ & ‘Passive Income’

Apa maksud ‘Active Income’?

‘Active Income’ bermaksud pendapatan yang memerlukan diri kita untuk berada di tempat tersebut. Contoh-contoh pekerjaan yang termasuk dalam kategori ‘active income’ ini adalah kerja-kerja yang terikat dengan majikan seperti doctor, engineer, pegawai bank, penceramah motivasi dan sebagainya. Berniaga juga boleh termasuk dalam kategori ini jika perniagaannya itu merupakan satu-satunya punca pendapatan yang mereka ada.

Apa pula maksud ‘Side Income’?

‘Side Income’ pula bermaksud pendapatan yang diperolehi selain daripada ‘active income’. Pendapatan jenis ini juga memerlukan tubuh fizikal kita untuk menjana pendapatan tersebut. Contohnya – bekerja di pasar malam selepas waktu pejabat, menjual tudung/jubah di internet, freelancer, jual powerbank (penting nih...hehe) dan sebagainya.

'Passive income’ tu apa pula?

'Passive Income’ bermaksud pendapatan yang diperolehi tanpa memerlukan kita berada di tempat tersebut. Dengan kata lain, pendapatan dihasilkan secara automatik pada bila-bila masa. Antara contoh-contoh pendapatan dalam kategori ini ialah ‘affiliate marketing’, ‘vending machine’, rumah-rumah & kedai-kedai sewa/sublet dan sebagainya.

Kesemua jenis pendapatan ini menghasilkan duit, tetapi saya yakin, ‘passive income’ merupakan kategori pendapatan yang sangat diidam-idamkan oleh kita semua. Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjana ‘passive income’ kita dengan memperbaiki cashflow kita dan belajar cara-cara pengurusan kewangan dan pelaburan dengan lebih baik

Sumber gambar: Moolanomy.com

- Sent via email -

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca