Cashflow Mobile - Aplikasi Yang Mengujakan

Assalamualaikum semua. Dalam entri yang lepas, ramai yang bertanyakan kepada saya apa nama aplikasi yang saya sharekan semalam. Jadi, hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua satu aplikasi yang diberi nama Cashflow Mobile.


Cashflow Mobile ini merupakan satu aplikasi latihan pengurusan kewangan yang popular berdasarkan ilmu pengurusan kewangan yang dikongsikan oleh Robert Kiyosaki. Siapa yang tak kenal dengan Robert Kiyosaki - seorang pelabur, ahli perniagaan, penceramah motivasi dan juga pemilik siri buku motivasi kewangan yang terkenal iaitu Rich Dad Poor Dad.

Cashflow Mobile ini mengajar kita sebagai pemain untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan pengurusan kewangan dan mengajar kita untuk melaksanakan teknik-teknik dan nasihat tentang pelaburan.

Matlamat permainan Cashflow Mobile ini adalah untuk memberi pelajaran kepada pemain untuk mencapai kebebasan kewangan. Permainan ini juga bertujuan untuk mendapatkan pendapatan pasif yang akan menampung perbelanjaan kita, seiring dengan kata-kata nasihat Robert Kiyosaki "Money work for you, not you work for money"

Jadi, download sekarang dan asah skill anda untuk mengumpul passive income. Semoga berjaya!

p.s. rekod tertinggi saya ialah 21 pusingan. Anda bagaimana?

sumber gambar: Google Play


sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca