Ibu, Ayah, Tolong Jaga Rezeki Anak

Assalamualaikum semua. Pernah tak anda semua membeli biskut-biskut timbang yang ada di pasaraya? Kira biskut-biskut ni boleh dikategorikan sebagai 'Biskut 1Malaysia' la kan sebab ada biskut yang rupanya seakan-akan sama dengan biskut yang berjenama tetapi boleh didapati dengan harga yang murah. Bagi mereka yang suka makan kacang-kacang pun ada dijual kat sini.

Pelbagai biskut dan kacang timbang yang dijual dengan harga yang murah

Hari ni saya telah membeli kacang parang, biskut bantal dan biskut bunga (yang bentuk bulat dan ada icing atasnya). Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Apa yang saya ingin kongsikan adalah perangai sesetengah ibu bapa yang tak ambil kisah apa hukum perbuatan mereka.

Apa yang saya maksudkan - ada ibu bapa yang saya lihat menyuruh anaknya menadah tangan dan mengambil sedikit biskut dan kacang di situ tanpa membayarnya. Walaupun dengan alasan untuk merasa, tapi tidakkah mereka sedar yang mereka sedang menyuap makanan yang haram untuk anak-anak mereka?

Berwaspadalah ibu ayah semua. Jangan sampai biskut atau kacang tersebut menjadi asbab untuk melayakkan anak kita menjadi bahan bakaran api neraka kelak. Buang sikap suka merasa ni (unless dipelawa oleh penjual) dan hati-hatilah. Sumber haram nih bukan hanya kategori rasuah sahaja, tetapi merasa makanan tanpa izin juga hukumnya haram!

sumber gambar: MamaTisya

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca