Pemergian Ahmad Ammar Tenggelam Dek Kerana Villa Nabila

Assalamualaikum semua. 3-4 hari yang lepas, 1Malaysia dikejutkan dengan berita 'kehilangan' budak di Villa Nabila, Johor Bahru. Pelbagai desas-desus serta khabar angin bertebaran sama ada di media cetak atau di media sosial Facebook, seperti telah disorok oleh makhluk halus dan sebagainya. Selang beberapa hari kemudian, remaja yang dikatakan 'hilang' tersebut akhirnya ditemui di rumah rakannya.

villa nabila, sejarah villa nabila
Ada juga yang nakal membuat photoshop suratkhabar Metro seperti ini.

Tetapi beberapa minggu sebelum itu, nun jauh di bumi Turki, 1Malaysia telah kehilangan seorang pelajar cemerlang yang telah gugur syahid - berjihad dalam menuntut ilmu. Namun, saya puas menelaah berita tentang pelajar ini di media akhbar online, tetapi setakat ini tiada dijumpai (kalau ada, sila beritahu). Hanya dalam beberapa hari ini sahaja bertebaran luas dalam media sosial Facebook. Mungkin berita ini tidak sesensasi cerita-cerita mistik yang pembaca Malaysia inginkan.

Beliau ialah adik Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, anak kepada Haji ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ahmad Ammar
Ahmad Ammar bersama ibu bapa tercinta
Ahmad Ammar - pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul - telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat dilanggar sebuah ambulan ketika melintas jalan di kota Istanbul.

Apa keistimewaan anak muda ini?

Ahmad Ammar merupakan pemuda yang telah banyak berjasa kepada masyarakat setempat dan aktif dalam berdakwah. Beliau mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga telah menyertai beberapa misi kemanusiaan, antaranya di Syria.

Ahmad Ammar yang menyimpan hasrat untuk mati sebagai syahid ini telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan, yang telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Rasulullah S.A.W yang terkenal seperti Abu Ayyub Al-Ansari, para auliya', para panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan Turki.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham Ahmad Ammar dan ditempatkan bersama-sama golongan-golongan para syuhada’ dan para solehin.

Al-Fatihah…


sumber gambar & video: LipsLikeSugar87 & Melvister


sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca