Mencari Barakah Dalam Rezeki

Assalamualaikum semua. Ramai orang pernah dengar perkataan BARAKAH atau dalam sebutan kita seharian sebagai Berkat. Tapi tahukah kita makna sebenar perkataan tersebut?

Saya sempat mendengar kuliah Zohor Ustaz Syed Norhisyam yang mengupas persoalan apa itu BARAKAH dalam kehidupan kita seharian. Beliau bertanyakan kepada kami apa maksud BARAKAH tersebut. Agak lama juga kami memikirkan maksud perkataan tersebut. Last-last jawapan macam biasalah - "Ustaz, tak payoh la soal. Kabor kan je lee..." Hehe.

BARAKAH dalam maksud santainya - BERTAMBAH KEBAIKAN. Ulang lagi sekali lagi - BARAKAH BERMAKSUD BERTAMBAH KEBAIKAN.

Kita boleh nilai sendiri kehidupan kita seharian mendapat BARAKAH daripada Allah atau tidak.

Mula-mula kerja gaji RM2000, tapi rasa cukup, sempat pergi solat berjemaah di surau/masjid, rasa tenang dalam hidup. Maknanya ada keberkatan dengan duit gaji kita tu.

Lepas naik gaji RM4000-RM5000, dah berumahtangga, tapi masih lagi sama macam dulu - dapat beramal ibadah, rasa tenang. Malah boleh bersedekah lebih lagi tanpa rasa tarik menarik antara dompet kita dengan tangan kita ketika nak keluarkan duit tu. Alhamdulillah, BARAKAH telah bertambah dalam hidup kita.

Janganlah kita seperti golongan-golongan di bawah ini kerana golongan-golongan ini menunjukkan kepada kita tanda-tanda tiada keberkatan dalam rezeki yang diperolehi.

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri - termasuk diri saya sendiri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah...



sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca