Misi Menyimpan Duit Emas Untuk Anak-anak

Assalamualaikum semua. Siapa di sini yang masih mengamalkan amalan menabung? Siapa di sini yang menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka? Apa taktik yang anda gunakan untuk menerapkan amalan menabung tersebut?

Bagi saya pula, untuk menggalakkan amalan menabung dalam diri anak-anak saya, saya telah meminta anak-anak saya untuk mula menyimpan duit 'emas' seperti duit 20 sen dan duit 50 sen. 

Diharapkan agar dengan adanya inisiatif yang saya lakukan ini, ia dapat menyemai sikap menabung anak-anak dari kecil lagi.

Disamping itu, saya ingin mendidik anak-anak saya untuk belajar menetapkan misi dalam membuat sesuatu perkara. Sebagai contoh, katakan dia ingin membeli anak patung barbie yang berharga RM50, jadi saya akan bagitau dia yang yang dia perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM2 satu hari. Jadi, dia akan berusaha untuk mencari 4 keping duit 'emas' 50 sen.

Kita lihat apa kesudahan misi ini hujung bulan ini nanti sama ada berjaya ataupun tidak.

- Sent via Blogger Mobile -

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca