Penambahbaikan Dalam Skim PR1MA

Assalamualaikum semua. Saya terbaca satu berita semalam yang kerajaan akan mewujudkan satu skim pembiayaan baharu bagi mereka yang ingin memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Dalam skim terbaru ni, pembeli-pembeli rumah PR1MA hanya perlu membayar antara RM400 hingga RM500 sebulan untuk sebuah rumah yang berharga RM200k berbanding dengan 'market payment' di antara RM1500 ke RM1800 sebulan.


Musykil juga macam mana kerajaan nak melaksanakan skim PR1MA terbaru itu. Ikut logik akal saya, kerajaan mungkin akan menetapkan sama ada:

  • memanjangkan tempoh pinjaman (mungkin sehingga ke generasi kedua), atau
  • merendahkan kadar faedah yang dikenakan, atau
  • membuat jadual pembayaran flexi (harga rendah untuk beberapa tahun sahaja), atau
  • kerajaan memberi subsidi dengan membayar separuh daripada harga rumah, atau
  • penggunaan teknologi ini dalam projek PR1MA akan datang
Walaupun ia masih dalam peringkat perancangan, tetapi berita ini pasti akan meringankan beban ramai orang, terutamanya pembeli-pembeli rumah pertama dan mungkin juga pembeli-pembeli rumah kedua.

Kita tunggu dah lihat pengumuman rasmi kerajaan mengenai perlaksanaan skim projek PR1MA yang baru ini nanti!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca