Seminar Sublet Yang Serius Tapi Santai

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Seminar Sublet Serius 5.0 telah pun berakhir semalam. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang menganjurkan Seminar Sublet Serius ini. Sambutannya pun amat menggalakan dengan kehadiran bakal-bakal subletters yang memenuhi setiap kerusi yang berada di dalam bilik seminar tersebut. Walaupun pihak penganjur mengatakan tidak ramai peserta yang membuat pendaftaran awal, namun ramai juga yang membuat pendaftaran secara 'walk-in'.

Seminar yang diberikan oleh 2 orang speaker - pakar 'sublet' saudara Afiq Zhafri dan saudara Muhammad Khairulnawawi (bekas peserta Seminar Sublet Serius 4.0) - telah membuka minda para peserta tentang seelok-belok dunia subletting ini. Yang amat saya kagumkan ialah kejayaan saudara Nawi yang telah berjaya mendapatkan 7 buah rumah sublet dalam masa satu bulan! Ini bermakna teknik-teknik yang telah dikongsikan oleh saudara Afiq memang proven berkesan - walaupun tempoh masa seminar yang diadakan agak singkat. Yang penting - ringkas tapi padat.

Seminar Sublet Yang Serius Tapi Santai, Afiq Zhafri Seminar Sublet Yang Serius Tapi Santai, Muhammad Khairulnawawi
Saudara Afiq Zhafri (kiri) & Muhammad Khairulnawawi
Seminar Sublet Serius ini ditujukan kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang banyak. Seminar Sublet Serius ini juga untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan hartanah tetapi terikat dengan debt-service-ratio (DSR) yang tinggi. Dan paling penting sekali, Seminar Sublet Serius ini untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan hartanah dengan niat untuk berjihad dalam bidang ekonomi dengan membantu orang lain (terima kasih kepada saudara Afiq yang telah memperbetulkan matlamat saya).

Jika anda termasuk di kalangan golongan-golongan yang saya sebutkan di atas, maka anda boleh menghadiri seminar tersebut di masa-masa yang akan datang. Saya amat menggalakan anda semua, terutamanya kepada mereka yang masih belajar ataupun graduan muda yang masih belum ada pekerjaan lagi untuk menghadiri Seminar Sublet Serius ini. Insha-Allah, dengan adanya ilmu asas berkenaan tentang sublet ini, tiada alasan lagi untuk anda tidak melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Yang paling best sekali - anda tidak perlu ada rumah untuk teknik ini!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca