Survey Rumah Sublet Untuk Disewa

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, baru balik dari bercuti di kampung. Takde internet, takde komputer. Yang ada cuma Muhammad Al-Fateh je sebab mak ayah mertua yang jaga baby saya kat sana sejak problem dengan pembantu rumah. Jadi, spend masa yang ada bersama-sama keluarga tersayang. Yelah, keluarga kita kan harta yang paling berharga.

Jumaat lepas ada buat posting FB pasal plan nak buat JV rumah sublet dengan kenalan FB. Dah janji nak jumpa malam tu, tapi tak confirmkan nak jumpa di mana. Tunggu reply tapi tak sampai-sampai. Akhirnya, saya mesej dia balik yang saya tak jadi nak JV dengan dia dan kalau ada rezeki lain, kita cuba lagi. Takpelah, tu namanya "rezeki bukan milik kita" - bukan "Jodoh Bukan Milik Kita" ye...

mencari rumah sublet, mencari rumah sewa

Sabtu malam, saya ternampak posting dari saudara Muhammad Khairulnawawi (bro Nawi) dalam FB group Sublet Shah Alam yang offer sublet di area Serdang Perdana. About 10 minit dari area rumah saya. Peluang yang terbaik untuk mengasah bakat sublet nih. Jadi saya contact bro Nawi dan bagitahu yang saya berminat untuk buat sublet di situ. Alhamdulillah, peluang telah diberikan dan insha-Allah, hari ini saya akan pergi buat survey di kawasan tersebut.
mencari rumah sublet, mencari rumah sewa

Jadi, doakan yang terbaik untuk saya hari ini!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca