Tips Dan Panduan Hidup Berumahtangga


Assalamualaikum semua. Bagi menyambut sahutan blogger bro Denaihati yang menyambut hari anniversary hari ini, saya ingin berkongsi tips dan panduan yang saya amalkan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.

Antara perkara-perkara yang kami sebagai pasangan suami isteri praktikkan dalam kehidupan seharian adalah:-

  1. Sentiasa memahami akan situasi yang berlaku - tak dapat dinafikan bahawa ombak dan badai pasti akan mengetuk pintu rumahtangga kita setiap hari. Tapi bagi saya, apa yang penting adalah apa reaksi atau penerimaan kita terhadap cabaran tersebut dan bagaimana untuk menghadapi cabaran tersebut.
  2. Saling bantu membantu dalam menguruskan hal rumahtangga – perasaan kasih saying bukan hanya dalam luahan kata-kata sahaja, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Jadi, sentiasalah tolong menolong dalam menguruskan hal rumah tangga (peringatan untuk diri saya juga J )
  3. (Untuk orang lelaki) Selalu pulang awal dari kerja – perkara ini memang amat disukai oleh para isteri, terutamanya isteri saya. Yelah, sebagai seorang ibu sepenuh masa, dia sangat mengharapkan seseorang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Dia akan berasa sedih jika saya hantar sms memberitahunya yang saya pulang lewat. Tetapi dia faham bahawa ini merupakan tanggungjawab saya kepada majikan. Jadi, dia terima seadaanya.
  4. Bersedia mengakui kesilapan diri – benar, mengakui kesilapan diri saya merupakan satu perkara yang amat sukar dilakukan kerana ia boleh menggugat keegoaan kita sebagai seorang lelaki. Tetapi, demi untuk menjaga keharmonian dalam rumahtangga, ungkapan “maafkan abang” itu dapat memadamkan api kemarahan dan sekaligus membawa kepada limpahan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumahtangga.
  5. Tak lokek pujian – yang ni saya masih lagi cuba untuk memperbaikinya. Saya tak nafikan yang saya nih agak berat untuk memberikan pujian kepada isteri dan anak-anak. Bukannya tak hargai, tapi tak biasa / terlupa untuk memberikan pujian. Insha-Allah, saya akan cuba untuk lebih kerap memberi pujian kepada isteri dan anak-anak.

Itu saja perkongsian saya tentang tips dan panduan hidup dalam alam rumahtangga. Diharap agar ianya boleh menjadikan panduan kepada anda semua – terutamanya kepada pasangan-pasangan muda di luar sana.

- Sent via email -

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca