Apartment Taman Tasik Untuk Disewa Kembali

Apartment Taman Tasik Untuk Disewa
Assalamualaikum semua. Hari nih saya terpaksa naikkan balik iklan untuk disewa ini disebabkan tenant nak pindah keluar - wife pregnant, tak larat nak naik tangga tinggi2. Ikutkan duit deposit tenant burn sebab pindah keluar dalam tempoh kontrak. Tetapi atas perikemanusiaan, saya pulangkan separuh wang depositnya. Dah bukan rezeki saya dengan tenant ini.

Jadi, apartment ini dibuka lagi untuk kemasukan Januari 2014. Terbuka kepada para teruna dan dara yang belajar di UTeM atau yang baru bekerja di sekitar Ayer Keroh. Pasangan muda juga akan dipertimbangkan dengan syarat kontrak sewaan selama setahun dan ke atas.

Saya kepilkan beberapa gambar apartment saya di sini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bilik Apartment Taman Tasik Utama Berdekatan UTeM


- kemasukan segera
- tingkat 4, tiada lif
- 3 bilik tidur, 2 bilik air
- partial furnished (mesin basuh, dapur gas, peti sejuk, kabinet dapur, katil single di setiap bilik, TV, kipas siling di setiap bilik, rak kasut)
- 5-10 minit ke UTeM, MMU, MITC, Mydin, Zoo Melaka, Ayer Keroh, Batu Berendam
- banyak tempat makan berhampiran

- kadar sewa - RM150 seorang
- deposit 2 + 1 + RM50 utiliti = RM500
- keutamaan kepada mereka yang nak tinggal lebih dari setahun



Apartment Taman Tasik Untuk Disewa

Apartment Taman Tasik Untuk Disewa

Apartment Taman Tasik Untuk Disewa


sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca