Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Assalamualaikum semua.

Sudah jatuh ditimpa tangga, muka tersembam ke tahi ayam. 

Itu la yang boleh saya simpulkan tentang nasib kita yang tinggal di ibu kota negara Malaysia ni. Sejak PRU 13, bermacam-macam berita tentang kenaikan harga barang telah kita dengar. Bermula dengan kenaikan harga minyak, disusuli dengan kenaikan harga gula. Itu tidak termasuk lagi dengan masalah kenaikan harga rumah yang sekian lama membelenggu warga kota yang masih duduk menyewa di Kuala Lumpur.

Menjelang tahun baru ini, kita akan 'disajikan' dengan kenaikan cukai pintu (walaupun ada berita yang menyatakan yang ia akan ditangguhkan) dan yang terbaru, kenaikan bayaran tol untuk hampir kesemua lebuhraya dalam kawasan Lembah Kelang. Itu belum lagi dengan penyelarasan cukai GST yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 nanti. Katanya, ada barangan yang turun harga, ada yang naik harga. Sama-sama kita tunggu nanti.

"Telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan" - Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berpendapat bahawa kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana ini untuk mengelakkan daripada kenaikan secara mendadak di masa akan datang. Ada juga yang menyatakan bahawa kenaikan ini perlu dibuat untuk merangsang ekonomi negara. Ada juga yang menyatakan yang kenaikan harga gula bagus untuk prestasi seks kita. Yang paling tak tahan, kenaikan harga barang ini merupakan ketentuan daripada Allah. Seolah-olah nak men'taichi'kan semua perkara yang berlaku ini kepada Allah.

Macam-macam alasan yang diberikan. Tetapi semua itu tidak dapat memuaskan hati 'rakyat yang didahulukan' untuk merasai azab kenaikan harga barangan ini. Dengan berlakunya kenaikan demi kenaikan ini, ia seperti satu 'bala' yang diturunkan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang ini. Dah la kenaikan gaji tak setara mana, kos sara hidup pula terus meningkat.

Benar, kita kena mengambil langkah drastik untuk tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.

Benar, kita kena berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi kita dengan membuat perkara-perkara yang boleh menambahkan hasil pendapatan kita seperti kerja sambilan di rumah.

Benar, kita kena berjimat cermat dalam menghadapi semua kenaikan harga barang ini.

Tetapi, bukankah kita melantik sesebuah kerajaan untuk membela nasib rakyatnya? Bukankah kita melantik sesebuah kerajaan untuk mengurus tadbir hasil mahsul negara dengan baik? Bila keluarnya laporan audit negara sebegini, adakah patut ketam mengajar anaknya berjalan lurus?

Fikir-fikirkanlah dan buat keputusan sewajarnya. Saya bercakap dan memberi komen atas pengurusan kerajaan sekarang, bukan atas dasar parti politik. Bagi saya, jika pihak satu lagi memerintah negara dan mengamalkan dasar yang sama, pasti komen yang sama juga saya akan berikan!



sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca